Vantage Data Centers Memuktamadkan Pemerolehan PCCW DC untuk Membawa Platform Pusat Data Hiperskala Terbaik dalam Kelasnya ke Hong Kong dan Kuala Lumpur



Pencapaian susulan pengumuman kemasukan Vantage ke rantau Asia Pasifik, termasuk pemerolehan Agile Data Centers

HONG KONG SAR - Media OutReach - 6 Disember 2021 - Vantage Data Centers, penyedia global terkemuka kampus pusat data hiperskala dan pelabur utamanya, Digital Bridge Group, Inc., hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan pemerolehan perniagaan pusat data PCCW Ltd (PCCW DC). Pengambilalihan tersebut memperluaskan platform pusat data Vantage untuk merangkumi 100MW kapasiti sedia ada dan pengembangan merentasi pelbagai kemudahan di Hong Kong dan Kuala Lumpur serta merupakan sebahagian daripada pengembangan strategik syarikat ke Asia Pasifik yang diumumkan sebelum ini pada September, yang turut termasuk pemerolehan Agile Data Centers.



48MW Pusat Data Vantage Data Centers di Tsuen Wan West, Hong Kong, sedang dalam pembangunan.

 

Brian Groen menyertai Vantage selaku Presiden APAC daripada PCCW DC. Giles Proctor yang sebelum ini berkhidmat sebagai Presiden Vantage APAC, kini Ketua Pegawai Operasi Perniagaan Vantage di Asia-Pasifik.

 

"Penutupan pengambilalihan kedua ini adalah bahagian penting kepada pengembangan pesat kami dalam pasaran utama Asia-Pasifik," kata Sureel Choksi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Vantage Data Centers. "Kami kini mempunyai sejumlah 23 kampus di lima benua yang dipimpin oleh pasukan serantau yang sangat berpengalaman, termasuk Brian Groen dan Giles Proctor. Saya teruja untuk Brian dan Giles bekerjasama dalam peranan baharu mereka untuk menerajui perniagaan APAC sambil kami terus berkembang dan meluas untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di seluruh dunia."

 

Pencapaian ini membolehkan Vantage menawarkan perkhidmatan pusat data di Hong Kong dan Kuala Lumpur, dua pasaran pertumbuhan tinggi di rantau APAC.

 

"Asia Pasifik ialah rantau pertumbuhan tinggi dengan syarikat berskala besar, awan dan perusahaan yang memerlukan platform infrastruktur digital global seperti kami untuk mengembangkan perniagaan mereka," kata Jon Mauck, Pengarah Urusan Kanan bagi Pengurusan Pelaburan DigitalBridge. "Vantage kini berada dalam kedudukan untuk menjadi peneraju pembekal dalam pasaran ini dengan pantas dan menawarkan produk unggul dengan kebolehpercayaan yang tinggi, kelajuan pantas ke pasaran dan komitmen terhadap kemampanan."

 

Hari ini, Vantage mengukuhkan kedudukan dan berkembang di Amerika Utara, EMEA serta Asia Pasifik. Syarikat itu memperoleh AS$1.5 bilion dalam ekuiti tambahan daripada kumpulan pelabur yang diketuai oleh Pengurusan Pelaburan DigitalBridge dengan penyertaan daripada pelabur Vantage sedia ada lain, untuk menyegerakan peluasan di APAC.

 

"Hong Kong dan Kuala Lumpur merupakan hab sambungan yang tiada tandingan bagi syarikat yang menjalankan perniagaan di seluruh Asia," kata Groen. "Kami mempunyai saluran jualan yang kukuh dengan kemudahan sedia ada dan beberapa pembangunan lapangan hijau sedang dijalankan untuk menyokong perniagaan pelanggan kami yang semakin berkembang. Jika anda sebuah syarikat berskala besar, pembekal awan atau perusahaan global yang besar, kami boleh memenuhi keperluan anda di pusat perniagaan terkemuka di seluruh rantau ini."

 

Maklumat lanjut tentang kampus global Vantage boleh didapati di https://vantage-dc.com/data-center-locations/.

 

發行人全權負責本公告的內容
Perihal Vantage Data Centers
Perihal Vantage Data Centers

Vantage Data Centers memberi kuasa, menyejukkan, melindungi dan menghubungkan teknologi hiperskala, penyedia awan dan perusahaan besar yang terkenal di dunia. Membangun dan beroperasi merentasi lima benua di Amerika Utara, EMEA dan Asia Pasifik, Vantage telah mengembangkan reka bentuk pusat data dengan cara yang inovatif untuk menyampaikan keuntungan dramatik dalam kebolehpercayaan, kecekapan dan kemampanan dalam persekitaran fleksibel yang boleh memenuhi permintaan pasaran dengan pantas.

 

Untuk maklumat lanjut, lawati www.vantage-dc.com.

 

Perihal DigitalBridge

DigitalBridge Group, Inc. (NYSE: DBRG) ialah REIT infrastruktur digital global yang ternama. Dengan warisan lebih 25 tahun melabur dan mengendalikan perniagaan merentas ekosistem digital termasuk menara sel, pusat data, gentian, sel kecil dan infrastruktur canggih, pasukan DigitalBridge menguruskan portfolio aset infrastruktur digital bernilai $35 bilion bagi pihak rakan kongsi terhadnya dan para pemegang saham. DigitalBridge beribu pejabat di Boca Raton dengan pejabat-pejabat utama di Los Angeles, New York, London dan Singapura.

 

Untuk maklumat lanjut, lawati www.digitalbridge.com.


#VantageDataCenters

來源:

Vantage Data Centers

類別:

Business

發佈於

06 Dec 2021

過去的新聞稿

立即聯繫 Media OutReach

立即聯繫我們