Pedagang Malaysia berkongsi kisah kejayaan mereka yang diinspirasikan oleh OctaFX
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 1 Oktober 2021 - Broker
global OctaFX telah menyiarkan episod terakhir projek wawancara YouTube mereka
'Kisah Telus Kejayaan'. Wawancara ini memaparkan kisah-kisah sebenar kejayaan selebriti
terkemuka di Malaysia. Walau bagaimanapun, projek ini bukan sekadar mendedahkan
kisah susah dan senang perjalanan kerjaya selebriti-selebriti terkenal ini. Ia
telah mewujudkan dialog unik antara pedagang Malaysia yang berkongsi kisah
mereka sendiri di dalam ruangan komen.
Dalam
siri wawancara broker global 'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan',
selebriti Malaysia berkongsi tentang kesusahan yang mereka lalui yang membawa
kejayaan kepada mereka. Penonton mendengar perkongsian daripada ahli perniagaan
Datuk Aliff Syukri, pelakon Dato' Aaron Aziz, pelakon Janna Nick, pelawak Harith
Iskander, ahli muzik Altimet, dan usahawan fesyen Wak Doyok. Pelakon popular
Fizo Omar telah menemu bual tetamu-tetamu ini.
Projek ini telah
mencetuskan minat dari para penonton—enam episodnya telah ditonton lebih
daripada satu juta kali. Apa yang menjadikan ia lebih berharga, wawancara ini
mendapat respons yang kuat daripada penonton. Penonton siri ini telah
membanjiri ruangan komen di bawah setiap video dengan kisah kesusahan dan
kejayaan mereka sendiri.
Mengatasi
kesukaran berkaitan kerja
Penulis komen berkongsi
antara satu sama lain tentang kesukaran dalam kerjaya mereka—kekurangan
sokongan daripada keluarga dan rakan sekerja dan perubahan yang disebabkan oleh
pandemik COVID-19, seperti kehilangan pekerjaan dan mencari cara baru untuk
menjana pendapatan.
Di sebalik kesukaran
yang dihadapi, mereka telah menggunakan pelbagai strategi berbeza untuk terus
bertahan. Sesetengahnya bertukar kerja untuk mencari peluang yang lebih baik,
dan yang lain pula terus 'memaksa diri
untuk bertahan seboleh mungkin' sambil menghadapi ketidakpastian dalam
kehidupan peribadi mereka. Selain itu, ramai yang berkongsi bahawa mereka
menjadi pedagang Forex bagi mendapatkan pendapatan tambahan atau untuk
memperbaiki situasi kewangan mereka yang terkesan akibat pandemik ini. Salah
seorang daripada mereka yang telah menjadi pelanggan OctaFX telah membuat
penelitian bahawa 'perdagangan membantu
menjana pendapatan dengan sebarang pelaburan awal'.
Ramai yang mendapat
inspirasi dan galakan daripada projek wawancara ini dan mengatakan bahawa
inisiatif sebegini membantu mereka untuk kekal fokus dan gigih apabila
dibimbing oleh mereka yang telah berjaya dari segi kewangan sebagai contoh.
Pengurusan
kewangan: apa yang sepatutnya dilakukan dengan cara yang berbeza?
'Jika
saya boleh mengundur masa, saya akan berikan tumpuan kepada pengurusan
kewangan,' kata seorang penonton. Penulis komen
lain berkongsi peraturan peribadi perancangan kewangan mereka yang telah
dibangunkan melalui pengalaman. Ia termasuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan
tidak takut untuk bermula dari bawah, mengasingkan pendapatan dan 'mementingkan keperluan dan bukannya
keinginan', belajar tentang pelaburan daripada pakar dan memperuntukkan
sebahagian daripada pendapatan untuknya, mengelakkan hutang, dan mencari sumber
tambahan seperti perniagaan sampingan, unit amanah, dan perdagangan Forex.
Penonton juga telah menekankan tentang kepentingan melabur dengan broker yang
boleh dipercayai dan menamakan OctaFX sebagai salah satu daripadanya: 'Simpan dan deposit wang ke platform yang
boleh dipercayai seperti OctaFX', 'OctaFX adalah yang terbaik untuk mula
melabur'.
Menyimpan
wang dan menggunakan pendapatan dari pelaburan
Mereka yang telah
berkongsi strategi kewangan mereka mendapati bahawa disiplin dan ketepatan
adalah penting dalam perancangan kewangan. Ramai yang mengesyorkan supaya
meletakkan jumlah tetap, 10 hingga 20 peratus pendapatan, kepada simpanan,
membezakan 'keperluan' dan 'keinginan' untuk mengelakkan 'pembaziran kewangan', dan melawan
keinginan untuk membelanjakan wang untuk perkara yang tidak penting. Untuk
langkah seterusnya, mereka mengesyorkan supaya melaburkan semula pendapatan
daripada Forex atau pelaburan lain dalam hartanah atau perniagaan kecil: 'Pada pendapat saya: biar wang bekerja untuk
saya, dan bukannya saya bekerja untuk wang bagi mencapai kebebasan'.
Menjana
pendapatan melalui hobi
Apabila tetamu
selebriti 'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan' berkongsi tentang semua pengalaman
kerja yang pernah mereka lakukan sebelum menjadi kaya dan terkenal, penonton
mendapat inspirasi untuk meneliti kembali hobi-hobi mereka sendiri dan perkara
yang mereka cuba lakukan. Ramai penulis komen mengaku bahawa mereka serius
untuk menjadikan aktiviti hobi mereka sebagai sesuatu yang boleh menjana
pendapatan. Mereka menyebut tentang beberapa bidang seperti rekaan grafik,
pengekodan, penerbangan drone, fotografi, suntingan video, dan juga gaming.
Buku-buku
yang disyorkan
Akhir sekali, penonton
telah berkongsi beberapa buah buku yang sama ada telah membantu mereka untuk
memahami perancangan kewangan atau memberi inspirasi kepada mereka untuk
berusaha mencapai matlamat kewangan mereka. Mereka telah mengesyorkan 'The New
Market Wizards' oleh Jack D. Schwager untuk 'mengintip perbualan dengan pedagang terbaik Amerika dan memahami cara
pemikiran mereka'. Seseorang juga telah mengesyorkan buku berjudul 'The
Alchemist' oleh Paulo Coelho: 'Ia adalah
sebuah kisah tentang meraih impian anda. Setiap orang perlukan impian besar
kerana ia percuma tetapi memberikan kita sebuah harapan.' 'Currency Trading
for Dummies', 'Reminiscences of a Stock Operator', 'The 4-Hour Workweek: Escape
9-5, Live Anywhere, and Join the New Rich', dan 'Psychology of Selling' juga
adalah antara buku-buku yang disyorkan.
'OctaFX: Kisah Telus Kejayaan'
telah menjadi titik pertemuan untuk selebriti Malaysia dan orang ramai yang
berusaha untuk mencapai kebebasan kewangan. Selebriti-selebriti ini telah
berkongsi secara telus tentang cara mereka mencapai status semasa dan kisah
sebenar perjalanan ini buat mereka, manakala orang ramai yang lain menyedari
bahawa orang yang telah berjaya juga tidak sentiasa mendapat apa yang mereka
mahukan dan perlu bekerja keras dan mengatasi banyak kesukaran untuk mencapai
kejayaan.
OctaFX sebelum ini
telah berkongsikisah kejayaan ini dengan
pedagangnya. Walau bagaimanapun, projek ini adalah yang pertama yang membawakan
kisah peribadi yang telus dari selebriti terkenal dan menjadikan ia mudah untuk
diterima oleh orang ramai. Wawancara ini mendapat maklum balas memberangsangkan
dari penonton dan mendorong mereka untuk berkongsi dan berbincang tentang
kebimbangan dan pencapaian mereka sendiri dengan orang lain melalui ruangan
komen. Melalui dialog bersama ini, selebriti dan penonton dapat merenungkan
bersama-sama tentang betapa rumitnya mencapai sebuah kejayaan kewangan, dapat
mempelajari pelajaran kewangan yang berguna, dan paling penting tidak berasa
keseorangan dalam perjalanan mereka sendiri
發行人全權負責本公告的內容
Mengenai OctaFX
OctaFX
adalah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian
sejak 2011. Ia menawarkan pengalaman perdagangan canggih kepada lebih 7 juta
akaun dagangan di seluruh dunia. OctaFX telah memenangi lebih daripada 45
anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker ECN Terbaik 2021' dari
World Finance dan anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia 2021' daripada Global
Banking & Finance Review. Syarikat ini terkenal dengan aktiviti sosial dan
kebajikannya.