ECOVACS meraikan 11.11 di Malaysia bersama Diskaun Mega untuk DEEBOT T9 dan Mesej Bintang Terkemuka



Jualan murah 11.11 di Lazada dan Shopee tawaran sehingga 70% penjimatan bagi pembersih vakum robot terkini dengan mesej diperibadikan daripada bintang Korea Selatan, Hyun Bin.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 8 November 2021 - ECOVACS ROBOTICS, peneraju pembuatan robotik rumah di dunia, kini memastikan orang ramai sentiasa berhubung sepanjang 11.11 (juga dikenali sebagai Hari Bujang) dan musim perayaan akhir tahun dengan tawaran baharu. Mereka berhasrat untuk meningkatkan rasa kemesraan dan membantu pengguna sekali lagi berhubung semasa wabak ini.




Pada majlis istimewa ini, ECOVACS bekerjasama dengan Hyun Bin untuk menjadi peneman anda dengan membawakan kegembiraan apabila anda mengemas dan lebih penting lagi, pada harga yang paling selesa. Menurut tema "Rumah lebih baik, apabila kita mengemas bersama-sama.", pengguna boleh membeli DEEBOT T9 yang terkemuka dan pintar dalam industri serta robot DEEBOT lain yang diketengahkan sebagai teman yang berbaloi dimiliki pada harga istimewa yang boleh menjimatkan sehingga 70% dan menerima pelbagai kejutan, waranti 2 tahun, penghantaran percuma dan hadiah daripada ECOVACS.

 

Robot vakum & mop DEEBOT T9: Yang Terbaik Kini Menjadi Lebih Baik


Keluarga DEEBOT T9 meningkatkan tahap untuk pembersihan rumah dengan sembilan ciri terkemuka industri. Termasuk teknologi pengesanan dan pengelakan halangan masa nyata yang canggih, ECOVACS TrueDetect 3D 2.0, TrueMapping 2.0 untuk navigasi tepat dan OZMO™ Pro 2.0 Electric Oscillating Mopping System yang menghilangkan 99% bakteria dan kotoran degil dengan kecekapan mengemop iaitu 40% lebih tinggi daripada model pesaing lain. Stesen Auto-Pengosongan yang secara automatik mengosongkan tong sampah robot, meminimumkan campur tangan manusia semasa proses pembersihan.


Ketahui lebih lanjut tentang tawaran ECOVACS ROBOTICS 11.11 di Kedai Rasmi ECOVACS di Lazada: https://cutt.ly/TRUkiJj Shopee: https://cutt.ly/qRUksFn


Tentang ECOVACS ROBOTICS
Tentang ECOVACS ROBOTICS

Berinovasi Sejak Dahulu – Membina Rumah Pintar.


ECOVACS ROBOTICS menawarkan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan gaya hidup anda. Berpandukan penggunaan dan pengalaman pengguna, kami menghasilkan robot-robot yang membolehkan anda "menikmati kehidupan secara pintar." Kami telah melaburkan masa 20 tahun untuk menyelidik industri dan reka bentuk yang terbaik bagi menghasilkan rumah yang lebih pintar dan responsif. Kami membina dunia di mana beban kerja di rumah dikurangkan, lebih lancar dan berkuasa serta anda dapat meluangkan lebih banyak masa untuk menikmati aktiviti kegemaran.

 

#ECOVACSROBOTICS

來源:

ECOVACS ROBOTICS

類別:

Technology

閱讀:

English

發佈於

08 Nov 2021

過去的新聞稿

更多

立即聯繫 Media OutReach

立即聯繫我們