Kenanga Investment Bank Lancar Kempen Kesedaran Penipuan Perdana Tahunan Untuk Menggalakkan Tadbir Urus Baik Dan Integrasi ESG



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 15 November 2021 - Dengan Kenanga Investment Bank Berhad ("Kenanga Group") memacu integrasi aspek Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam operasinya, Kumpulan Kenanga hari ini melancarkan Minggu Kesedaran Penipuan (Fraud Awareness Week, (FAW)) tahunan kali kelima, yang merupakan kemuncak kepada kempen Kesedaran Penipuan secara maya yang berlangsung selama sebulan, yang telah berjaya menyatukan banyak peserta dalaman dan industri dalam suatu inisiatif untuk menggalakkan usaha memerangi penipuan, sogokan dan rasuah. 

 


K-N

- Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 

- Dato' Seri Akhbar Satar, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia (MACFE)

- Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad

- Maheswari Kanniah, Ketua Pegawai Pengawalseliaan dan Pematuhan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad

 

Bertemakan 'Memperteguh Nilai Etika menerusi Kedinamikan Pengawalseliaan', delegasi daripada syarikat tersenarai, badan profesional, di samping 290 perwakilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM), Bursa Malaysia Berhad, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Kenanga, telah melibatkan diri dalam permainan dan kuiz antipenipuan interaktif serta seminar yang direka khusus untuk mempertingkatkan kesedaran mengenai trend dan amalan yang berkaitan dengan pencegahan dan pengesanan penipuan.   

 

Ketika membentangkan ucaptama beliau pada majlis pembukaan secara maya pada hari ini, Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan, "Kita perlu terus berusaha dalam membina unsur-unsur penting kepercayaan dan ketelusan yang akhirnya akan membolehkan Malaysia mencapai aspirasinya untuk menjadi sebuah negara bebas rasuah. Dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh Kenanga Investment Bank Berhad menerusi program FAW yang dianjurkannya dalam menggalakkan kesedaran antipenipuan adalah sangat cemerlang, dan saya berasa optimis bahawa SPRM dan Kenanga dapat terus memperkukuh ikatan sedia ada dalam memerangi rasuah."  

 

 "Kami berbesar hati bahawa kami telah berjaya mengembangkan sebuah kempen dalaman yang kami perkenalkan lima tahun yang lalu, menjadi seruan industri untuk bertindak memerangi penipuan, dan pada masa yang sama, memberikan respons kepada 10 Prinsip United Nations Global Compact yang menekankan betapa perlunya perniagaan untuk bertindak menentang rasuah dalam kesemua bentuknya.  Memandangkan kami berusaha untuk terus menggabungkan kriteria ESG dalam seluruh rantaian nilai kami, kami komited untuk terus mempertingkatkan kepentingan akauntabiliti, integriti, dan tadbir urus baik serta menyeru lebih ramai orang untuk turut serta dalam peperangan menentang penipuan," ujar  Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan, Kenanga Investment Bank Berhad.

 

Maheswari Kanniah, Ketua Pegawai Pengawalseliaan dan Pematuhan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad berkata, "Dengan peningkatan semasa dalam jenayah siber, yang dicetuskan oleh peralihan secara mendadak kepada transaksi dalam talian disebabkan oleh pandemik, kempen tahun ini telah diperkukuh dengan penekanan terhadap keselamatan siber. Untuk melindungi pelanggan daripada kebimbangan ini, kami bekerjasama dengan para pengawal selia, penyedia penyelesaian dan orang ramai untuk meningkatkan kesedaran, memperketat kawalan dan menambah baik langkah-langkah untuk mengurus risiko dan dedahannya."

 

 "Kita mesti mendidik diri kita tentang isu-isu yang berkaitan dengan penipuan dan rasuah, di samping sentiasa berwaspada dalam mengambil langkah-langkah proaktif dan pencegahan untuk menghalang tindakan penipuan dan rasuah. Mengambil bahagian dalam FAW merupakan satu langkah yang digembleng menjadi sebahagian daripada penyelesaian kerana ia meningkatkan kesedaran tentang penipuan dan rasuah," jelas Dato' Sri Akhbar Satar, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia (MACFE).

 

Kempen perdana ini, yang dilaksanakan setiap tahun bersempena dengan FAW Antarabangsa, Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (Association of Certified Fraud Examiners) yang beribu pejabat di Austin, Texas, berfungsi untuk melengkapi set lengkap dasar, rangka kerja dan kawalan dalaman kukuh yang diwujudkan oleh Kumpulan Kenanga untuk memperteguh amalan perniagaan baik dan standard integriti yang tinggi, beroperasi secara beretika dan telus selain mematuhi undang-undang dan peraturan terpakai.


Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Kenanga, sila layari www.kenanga.com.my.



發行人全權負責本公告的內容
Mengenai Kenanga Investment Bank Berhad 197301002193 (15678-H)
Mengenai Kenanga Investment Bank Berhad 197301002193 (15678-H)

Ditubuhkan lebih 45 tahun lalu, Kenanga Investment Bank Berhad ("Kumpulan") merupakan kumpulan kewangan di Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dalam pembrokeran ekuiti, perbankan pelaburan, perbendaharaan, perbankan Islamik, derivatif tersenarai, pengurusan pelaburan, pengurusan kekayaan, pemberian pinjaman berstruktur dan pembiayaan perdagangan.


Kumpulan telah meraih beberapa anugerah dan penghargaan cemerlang yang mencerminkan kedudukan pasaran Kumpulan yang kukuh.  Kumpulan telah menerima anugerah di bawah kategori Organisasi Peserta Ekuiti Terbaik Keseluruhan daripada Bursa Malaysia, Peserta Perdagangan Derivatif Terbaik, Pengeluar Waran Berstruktur Terbaik, Organisasi Peserta Ekuiti Runcit Terbaik, Bank Pelaburan Organisasi Peserta Ekuiti Institusi Terbaik; di samping Peserta Pelaburan Terbaik dan Organisasi Peserta Ekuiti Institusi Terbaik serta bagi Ekuiti dan Derivatif Kewangan selama 18 tahun berturut-turut. Kumpulan juga telah menerima pengiktirafan daripada Bursa Malaysia bagi kategori Perdagangan Derivatif Institusi Terbaik.


Kumpulan masih menjadi penerima berkala dan berulang bagi penghargaan industri yang terunggul seperti anugerah Lipper, Fundsupermart dan Morningstar. Bagi usaha berterusan Kumpulan dalam program jangkauan komuniti dan kerja sukarela kakitangan, Kumpulan telah meraih anugerah syarikat rebutan sepanjang tahun bagi program kesedaran alam sekitar dan kemampanan dalam Anugerah Kemampanan & CSR Malaysia 2020.

 

Pada hari ini, Kenanga Investment Bank Berhad merupakan bank pelaburan bebas yang terunggul dan terkemuka di Malaysia dengan komitmen berterusan kepada usaha memacu kolaborasi, inovasi dan pendigitalisan di pasaran. 

來源:

Kenanga

類別:

Business

發佈於

15 Nov 2021

過去的新聞稿

更多

聯繫 Media OutReach Newswire

立即聯繫我們