ACASIA mempercepatkan pengembangan perniagaan global di ASEAN dengan perkhidmatan ketersambungan komprehensif suite dan infrastruktur digit



  • ACASIA, kolaborasi unik ASEAN dalam 7 penyedia telekomunikasi utama (telco), akan membantu menghubungkan perniagaan global ke ASEAN, salah satu rantau sedang membangun dengan pantas di dunia
  • ACASIA bertindak sebagai titik tunggal kontrak bagi semua perkhidmatan ketersambungan dalam rantau ASEAN, menawarkan kuasa kepada perniagaan merentasi dunia yang mahu mencari peluang menembusi rantau Asia Tenggara
  • Perkongsian kolaborasi dalam ACASIA di rantau ASEAN bagi memastikan kedaulatan data, membolehkan data berada di dalam negara yang mana data dikumpul melainkan kebenaran diperlukan  


KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 30 November 2021 - ACASIA Communications Sdn Bhd ("ACASIA"), kolaborasi unik dalam kalangan tujuh (7) penyedia telekomunikasi utama ("telco"), akan mempercepatkan pengembangan perniagaan global ke dalam rantau ASEAN, salah satu rantau yang sedang membangun dengan pantas di dunia, melalui perkhidmatan ketersambungan komprehensif suite dan infrastruktur digital.



Ketua Pegawai Eksekutif ACASIA,  Mr M Satya Riayatsyah Syafruddin

 

Ditubuhkan pada 1995, pemegang saham  ACASIA adalah dalam kalangan tujuh telcos utama di rantau ini seperti Telekom Malaysia Berhad ("TM") di Malaysia, Singtel di Singapore, National  Telecom di Thailand, Indosat Ooredoo di Indonesia, PLDT di Filipina, Nex.Us di Brunei dan VNPT di Vietnam. Tujuh pemain ini memiliki rekod prestasi  yang terbukti di rantau ini.

 

Melalui infrastruktur digital sedia ada di rantau, ACASIA membantu perniagaan global untuk berkembang ke ASEAN melalui proses yang lancar melalui kolaborasi dalam kalangan pemegang saham. ACASIA akan menawarkan perkhidmatan sebagai penganggregate untuk operasi perniagaan global yang memerlukan kehadiran mereka di rantau.

 

Ketua Pegawai Eksekutif ACASIA,  Mr M Satya Riayatsyah Syafruddin, berkata, "Melihat kepada potensi di ASEAN sebagai salah satu rantau yang sedang membangun dengan pantas di dunia,  ACASIA berkhidmat sebagai penyedia penyelesaian sehenti kepada perniagaan global untuk memudahkan proses digital dan juga transformasi. Sebagai contoh, perniagaan global membangunkan operasi perniagaannya di Malaysia dan mahu mencari peluang di Filipina, perlu menyediakan infrastruktur digital dan ketersambungan di kedua-dua negara. Bagaimanapun, dengan ACASIA, kami membantu menghubungkan proses tersebut dan memudahkan lagi pelan pengembangan ke dalam rantau."

 

Semasa Meja Bulat Pelaburan dan Perniagaan ASEAN 2021 dalam Fintech dan Pendidikan Kewangan, pemimpin di rantau telah memperakui ASEAN sebagai salah satu rantau sedang membangun dengan pantas meskipun berdepan dengan krisis pandemik COVID-19. Meskipun  rantau ini adalah antara yang paling terjejas di dunia serta mengalami kesesakan rantaian bekalan yang berterusan sehingga kini, pemulihan dijangkakan bagi ASEAN, ia merupakan ekonomi kelima terbesar di dunia dengan kombinasi Keluaran Negara Kasar (KNK) berjumlah USD3.1 trillion pada tahun 2020.

 

"Potensi pertumbuhan adalah besar bagi ACASIA semasa kami menceburi dalam transformasi digital yang telah cepat berkembang sepanjang pandemik COVID-19. Infrastruktur sedia ada di rantau ini telah meletakkan kami berada pada kedudukan yang kukuh untuk menawarkan perkhidmatan yang bernilai kepada perniagaan global yang sedang berkembang di dalam rantau ini," jelas Satya.

 

Kehadiran ACASIA yang kukuh di rantau ini memiliki infrastruktur serba lengkap telah membolehkan syarikat menawarkan perkhidmatan ketersambungan komprehensif suite dan juga infrastruktur digital kepada perniagaan global. Perkhidmatan yang ditawarkan dapat membantu merapatkan jurang dari segi operasi perniagaan dan juga proses di negara lain di rantau.

 

Selain mempercepatkan pengembangan perniagaan global ke dalam rantau, ACASIA juga menawarkan kepada syarikat ASEAN untuk menembusi infrastruktur digital di luar daripada ekonomi setempat.

 

Melalui ekosistem tersebut dan juga menerusi kehadiran sendiri di beberapa negara ASEAN, ACASIA bertindak sebagai titik tunggal daripada perkhidmatan ketersambungan dalam ASEAN, menawarkan kuasa kepada perniagaan merentasi dunia yang sedang mencari peluang untuk menembusi rantau Asia Tenggara.

 

Menurut Satya, perkongsian kolaborasi di rantau ASEAN turut menawarkan kedaulatan data untuk perniagaan dan juga kerajaan. ACASIA akan memastikan kedaulatan data bagi membolehkan data disimpan di dalam negara yang mana data dikumpul, kecuali perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

 

Penyelesaian ACASIA turut menawarkan akses kepada  infrastruktur pengkomputeran awan, yang akan menjadi penting kepada organisasi yang bergantung kepada perkhidmatan awan awam untuk penyimpanan data dan juga hosting. Memandangkan kesedaran yang semakin bertambah kepada kepentingan data privasi, ini akan dapat membantu mempercepatkan perubahan kepada storan dan pengehosan peribadi yang selamat.

 

"Infrastruktur untuk menyokong  kedaulatan adalah sesuatu yang kurang, oleh itu, melalui ACASIA, kami akan mengisi jurang dan menawarkan pautan yang hilang untuk keseluruhan ekosistem digitalisasi, khususnya untuk perniagaan dan juga kerajaan di rantau ASEAN. Kekuatan kami sebagai salah satu unit akan membolehkan pelanggan kami memanfaatkan sinergi tersebut untuk berkembang secara global dalam persekitaran yang selamat di dalam rentak tergesa-gesa menuju ke arah digitalisasi," Satya added.

 

Penyelesaian ketersambungan komprehensif yang ditawarkan oleh ACASIA telah meletakkan Kumpulan berada dalam kedudukan yang baik untuk menguasai potensi yang besar dalam pasaran teknologi ketersambungan tanpa wayar global, yang mana dijangkakan ia tumbuh pada 13.0% CAGR kepada hampir USD150.4 bilion menjelang tahun 2021.

 

發行人全權負責本公告的內容
About ACASIA Communications Sdn Bhd
About ACASIA Communications Sdn Bhd

ACASIA Communications is an ICT Solutions provider offering a comprehensive suite of connectivity services and digital infrastructure to take your business across ASEAN and global. ​

 

It is a global gateway that opens up for digital connectivity within the ASEAN region. With more than 25 years of industry experience, ACASIA is driven by its value creation for its stakeholders in a highly competitive environment via its competitive edge technology to offer the best solutions for businesses.

 

Through its ecosystem and with their own points-of-presence in most ASEAN countries, ACASIA acts as a single point of contact for all connectivity services within ASEAN, giving power to businesses across the globe who are looking to tap into the Southeast Asian region.

 

​The company strives on delivering the best customer experience via continuous customer service quality improvements and innovations

 

Connecting ASEAN & ​Global​. We connect the dots between the ASEAN region and Global by leveraging on the strengths of its shareholders. ​


#ACASIA

來源:

ACASIA Communications Sdn Bhd

類別:

Business

發佈於

30 Nov 2021

過去的新聞稿

立即聯繫 Media OutReach

立即聯繫我們