Nikmati momen Golden Butter bersama Anchor Food Professionals di Tahun Baru Cina ini



Menggalakkan Amalan Pemberian Dan Kemakmuran Melalui Kempen Mentega yang Kaya dan Berkrim Sempena Tahun Baru Cina ini.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 11 January 2022 -  Mengekalkan semangat tradisi dan berkongsi kemakmuran bersama yang tersayang, Anchor Food Professionals menyambut Tahun Baru Cina ini dengan kempen yang penuh makna. Kempen ini mengutamakan penggunaan mentega premium dari New Zealand dalam pembuatan roti dan kulinari, bagi memberi peluang kepada warga Malaysia untuk mencipta "peluang keemasan" dengan berkongsi pengalaman yang mereka telah tempuhi dalam Butter the Golden Indulgence bersama yang tersayang.




Sambutan Tahun Baru Cina adalah sebuah perayaan yang bermakna di mana kita saling memberi restu, hadiah dan ucapan kesejahteraan antara satu sama lain. Secara tradisinya, paket merah atau lebih dikenali sebagai 'angpao' akan diberikan kepada orang yang lebih muda. Ia juga satu kebiasaan untuk memberi hadiah seperti limau Mandarin dan kuih kepada satu sama lain dengan mengucapkan harapan untuk kebahagiaan, kesihatan untuk tahun-tahun mendatang. "Sambutan Tahun Baru Cina menekankan elemen-elemen seperti berkongsi kemewahan dan kesejahteraan bersama keluarga, sanak saudara dan teman-teman. Untuk tahun baharu ini, Anchor Food Professionals menjemput warga Malaysia untuk mengambil bahagian, dengan berkongsi peluang keemasan melalui aktiviti kami dengan menggunakan mentega semula jadi Anchor yang kaya dan berkrim. Alami dan nikmati keenakan mentega yang kaya dan berkualiti untuk dikongsi bersama yang keluarga tersayang", kata Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia.

 

Mentega semula jadi Anchor yang kaya dan berkrim serta diperbuat daripada 100 peratus susu segar New Zealand, membekalkan setiap isi rumah dengan kebaikan mentega yang diperlukan di Tahun Baru Cina ini. Ia mempunyai rasa yang enak dan berkrim di mana ia sesuai untuk masakan dan pembuatan roti dengan rasa semula jadi bahannya yang cair di dalam mulut. Anchor Food Professionals juga menjalankan pelbagai aktiviti menggunakan mentega untuk meningkatkan lagi keseronokan menggunakan mentega Anchor ini melalui tema perayaan Butter the Golden Indulgence.

 

Menawarkan pelbagai aktiviti dan kandungan pendidikan digital untuk membuka lebih banyak lagi peluang keemasan, The Blind Taste Test Challenge – suatu pencarian misteri yang merupakan aktiviti pertama di mana penonton akan diberi ujian rasa untuk mengenali perbezaan antara mentega sebenar dan marjerin. Dalam usaha untuk mendidik pengguna tentang kegunaan mentega asli dan marjerin, pelbagai kandungan digital akan dikongsikan. Penglibatan ini akan lebih memfokuskan ketulenan dan kualiti sumber tenusu Anchor New Zealand, yang menonjolkan perbezaan rasa mentega Anchor yang sebenar. Tekstur yang kaya dan berkrim mentega asli New Zealand ini sangat sesuai digunakan untuk pembuatan roti dan kek sempena meraikan tahun baru ini.

 

Selain daripada peranan utamanya sebagai cabang perkhidmatan makanan, Anchor Food Professionals turut memainkan peranan penting dalam membantu komuniti bakeri dan pengusaha makanan yang terkesan akibat pandemik ini. Pasukan ini bekerjasama dalam meningkatkan lagi usaha pemasaran dan solusi perniagaan pembungkusan melalui kerjasama dengan kedai tempatan di seluruh Malaysia. Anchor Food Professionals juga telah mendekati 6,800 pengusaha bakeri tempatan dari rumah melalui program pembuatan roti yang unik.  Ia tertumpu kepada perniagaan mikro dan kecil, serta pengusaha bakeri dari rumah untuk memberikan pelbagai kemahiran, nasihat, latihan, dan platform yang betul, bagi mereka pelajari untuk meningkatkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. "Organisasi ini menilai inovasi bukan sahaja dari segi pengeluaran produk, tetapi juga dalam solusi perniagaan pembungkusan yang boleh membantu komuniti tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka," tambah Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan, Fonterra Brands Malaysia.

 

Anchor Food Professionals juga akan menganjurkan siri aktiviti dalam memberi galakan kepada kedai bakeri tempatan dan restoran yang merupakan sebahagian daripada program pembuatan roti Anchor, di mana pengguna boleh mengalami sendiri pengalaman berharga secara langsung dengan menyaksikan bagaimana mentega asli menghasilkan makanan yang luar biasa. Bagi mereka yang berminat untuk turut serta dalam aktiviti yang menarik ini, anda boleh pergi ke mana-mana Kedai Rakan Kongsi Anchor untuk menikmati kelazatan rasa mentega ini. Mentega Anchor New Zealand, yang merupakan produk utama untuk kempen Tahun Baru Cina ini, juga boleh didapati di kebanyakan pasar raya dan kedai-kedai, termasuklah Shopee dan Lazada. Pengguna juga boleh mencipta peluang keemasan masing-masing, menerusi hub resipi #CookWithAnchorDairy

 

Dalam usaha menggandakan lagi pengalaman peluang keemasan ini, Anchor Food Professionals telah menganjurkan Peraduan CNY Anchor Butter yang berlangsung dari 1 Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM62,888. Untuk menyertai peraduan ini, sila daftar masuk ke laman web Anchor Golden Indulgence Contest dan sertakan resit dengan pembelian minimum sebanyak RM30 produk Anchor Butter daripada mana-mana kedai dan imbas kod QR yang disediakan untuk mengisi borang penyertaan.

 

Anchor mengukuhkan lagi pengetahuan ilmu tenusu selama 135 tahun dengan memberikan bantuan dan bekalan kepada lebih 10,000 restoran, peniaga bakeri dari rumah dan kafe di serata Malaysia bagi menyemarakkan lagi sambutan Tahun Baru ini. Di samping produk berkualiti, pakar Anchor Food Professionals juga berkongsi pengalaman, idea kulinari serta latihan profesional untuk membantu pengusaha makanan tempatan sentiasa menyediakan ciptaan sajian yang lazat dan hebat.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Anchor Food Professional dan kempen ini, layari laman web Anchor Food Professionals , atau ikuti laman sosial kami di www.facebook.com/AnchorFoodProfessionalsMY dan www.instagram.com/anchorfp.my/.


Mengenai Anchor Food Professionals
Mengenai Anchor Food Professionals

Anchor Food Professionals menggambarkan cara pasukan perkhidmatan makanan kini melakukan perniagaan, berperanan sebagai perunding sebenar, bekerja di belakang tabir bagi menyampaikan cita rasa baharu dan produk menarik untuk chef, pembuat roti, katerer, dapur komersial, hotel, restoran, restoran perkhidmatan segera dan kafe. Pasukan ini akan membantu perniagaan dengan segala aspek operasi mereka dari persembahan di hadapan bangunan dan perletakan hara dan promosi, bagi menambah hasil dan cita rasa serta menyampaikan opsyen menu baharu. Dengan mengetahui perniagaan pelanggan mereka, Anchor Food Professionals mengguna pakai pengetahuan ini dan mengoptimumkan ramuan tenusu menggunakan keupayaan penyelidikan dan pembangunan Fonterra yang menerajui dunia bagi memenuhi kehendak khusus chef, pembuat roti dan pemilik restoran.


#AnchorFoodProfessionals

來源:

Anchor Food Professionals

類別:

Food

發佈於

11 Jan 2022

過去的新聞稿

立即聯繫 Media OutReach

立即聯繫我們