Dapur Yang Bersih Dan Kemas Bermula Dengan Command Oleh 3M Sempena Tahun Baharu Cina Ini



PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach - 19 Januari 2022 - Setelah menyambut Tahun Baharu Cina yang serba sederhana pada tahun 2021, ramai keluarga yang sedang membuat persediaan untuk mengalu-alukan ketibaan tahun harimau secara lebih meriah. Namun, jangan lupa bahawa tradisi masih ada peranannya dalam amalan kita. Tugas mengemas dan membersih rumah seharusnya dilakukan untuk menjemput tuah bagi tahun yang akan datang.



 

Selain pelbagai jenis juadah yang dihidangkan, rumah yang kemas dan teratur juga dapat membuat para tetamu berasa lebih selesa. Waktu yang diluangkan untuk mengemas ruang-ruang asing seperti dapur, bilik stor serta bilik-bilik yang lain dapat menyediakan persekitaran yang dijamin mesra buat para tetamu.

 

Dengan menyedari bahawa para pengguna ingin memiliki keupayaan untuk mendapatkan barangan dan peralatan di rumah mereka dengan lebih mudah, 3M memperkenalkan beberapa langkah yang ringkas untuk memastikan rumah anda kelihatan kemas dan teratur menggunakan produk Command™. Berbekalkan versatiliti sebagai kelebihannya, jenama Command™ menawarkan para pemilik rumah kebebasan untuk bereksperimen dengan ruang kediaman mereka dan mengamati proses mengemas serba terapeutik pada masa yang sama.

 

Peralatan khas atau paku tidak diperlukan, jenama Command™ menyediakan solusi menggantung yang mudah dan bebas kerosakan. Produk Command™ juga mempunyai daya pautan yang tinggi pada pelbagai jenis permukaan rata, termasuk dinding bercat, jubin, kaca, serta kayu. Berikut merupakan tiga (3) tip penggunaan produk Command™ yang ringkas untuk memudahkan tugas mengemas anda sempena Tahun Baharu Cina ini, bermula dengan dapur.

 

Jika Anda Perlukannya, Gantungkannya


Ketibaan Tahun Baharu Cina juga bermaksud kebanyakan kita akan sibuk di dapur untuk menyediakan juadah buat sanak saudara dan rakan taulan. Jadi, seelok-eloknya kita permudahkan proses penyediaan makanan di dapur dengan memastikan perkakas dapur kita sentiasa teratur.

 

Malah kita juga patut memikirkan tentang perkakas ini yang mungkin tidak lagi diperlukan selepas sambutan tersebut berakhir, maka ia perlu disimpan semula di tempat asalnya. Atas sebab ini, alat pencangkuk yang dapat ditanggalkan dengan mudah dan bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan, sisa pelekat, dan kerosakan pada permukaan boleh dimanfaatkan. Dengan teknologi 'stretch-release' yang dibawakan oleh Command™, inilah alat pencangkuk yang sangat menyenangkan, bersih, lagi menjimatkan yang anda ingini.

  • Tip persembahan Command™: Terlalu banyak barang di atas kaunter dapur atau di dalam laci? Cuba gantungkan perkakas dapur anda pada dinding menggunakan Command Wire Hooks oleh 3M untuk memastikan ia teratur dan kemas. Bagi ruang dapur yang kecil, alat pencangkuk merupakan kaedah yang ringkas dan versatil untuk mengemas laci dapur dengan segera.


Gantung Benda yang Berat? Mengapa Tidak?

 

Pernahkah anda terfikir untuk menggantung periuk belanga yang berat pada dinding dapur anda, namun khuatir beratnya tidak dapat ditampung? Seperti dapur moden masa kini, kaedah menggantung perkakas dapur yang kerap digunakan bukan sahaja merupakan sebuah teknik persembahan yang serba minimalis, namun ia juga dapat meningkatkan efisiensi di dapur terutamanya ketika membuat persiapan musim perayaan.

 

Barangan yang berat kini boleh disusun atur dengan lebih mudah pada Tahun Baharu Cina ini berbekalkan ciri-ciri kefungsian dan teknologi berkualiti yang dibawakan oleh barisan produk Command™, telah diuji dan terbukti mempunyai daya pautan yang tinggi pada pelbagai jenis permukaan rata seperti kayu, logam, jubin, kaca, dan dinding bercat. Bukan itu sahaja, kesemua produk Command™ juga mempamerkan daya pautan maksimum pada pakejnya, membolehkan pengguna memilih alat pencangkuk yang bersesuaian bagi barang yang mereka ingin gantung.

  • Tip persembahan Command™: Anda tidak lagi perlu menindih periuk belanga di dalam kabinet dapur, sebaliknya, dengan menggunakan pencangkuk Command Utility Hooks atau Command Wire Hooks oleh 3M, anda boleh menggantungkannya pada dinding dapur atau dinding kabinet anda untuk akses yang lebih mudah.


Lebih Cantik Jika Tersembunyi


Kerja-kerja memasak pastinya akan disusuli dengan kerja-kerja mencuci. Penyapu dan mop yang diletakkan di sudut dapur mungkin dianggap menyenangkan, namun ia kurang enak untuk dilihat. Tambahan lagi, ada keluarga yang percaya bahawa penyapu dan penyodok yang diletakkan di sekitar rumah boleh mengacau nasib mereka pada Tahun Baharu.

 

Oleh itu, anda boleh menggantungkannya di bilik stor, dinding, atau di belakang pintu sebagai solusi penjimatan ruang yang juga dapat membantu meringankan kerja membersih anda selepas memasak.

  • Tip persembahan Command™: Menggunakan Command Broom Gripper oleh 3M, anda boleh menggantung penyapu dan mop dengan mudah. Pintu dapur dibiar terbuka? Jangan khuatir kerana tiada siapa yang dapat melihat peralatan ini dengan menggantungkannya secara strategik.


Untuk menambah seri pada persiapan tahun baharu anda, jenama Command™ sedang menawarkan promosi eksklusif dengan diskaun setinggi 35%* bagi produk-produk Command™ di peruncit di dalam dan di luar talian.

 

Produk-produk Command™ disediakan di kedai-kedai berhampiran anda seperti ACE Hardware, AEON, Parkson, Popular, dan kedai rasmi kami di Shopee dan Lazada. Untuk maklumat dan tip persembahan kreatif yang lanjut, sila ikuti jenama Command™ di Instagram dan Facebook, atau layari https://www.command.com.my/3M/en_MY/command-my/.

 



* Tertakluk kepada terma dan syarat




發行人全權負責本公告的內容
來源:

Command

類別:

Business

發佈於

19 Jan 2022

過去的新聞稿

聯繫 Media OutReach Newswire

立即聯繫我們