MSIG Melancarkan Inisiatif 'Pledge A Difference’ Untuk Membantu Food Aid Foundation Dalam Menyokong Keluarga B40 Melalui Masa Sukar



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 24 Januari 2022 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", telah bekerjasama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah organisasi bukan untung bukan kerajaan (NGO) yang mengumpul dan mengagihkan makanan ke rumah kebajikan, pertubuhan kebajikan sukarela, keluarga berpendapatan rendah dan dapur amal, untuk melancarkan inisiatif 'Pledge A Difference'.

 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, MSIG telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM50,000 secara langsung kepada FAF, yang mana RM10,000 disalurkan untuk membantu mangsa yang terkesan akibat banjir yang berlaku pada Disember 2021 dan Januari 2022. Syarikat ini turut menggalakkan orang ramai untuk menderma kepada badan amal tersebut atas nama Syarikat dan telah bersetuju untuk memadankan satu ringgit bagi setiap ringgit yang didermakan sehingga had RM30,000. Sebaik sahaja sasaran derma awam sebanyak RM30,000 tercapai, MSIG akan menyumbang tambahan RM30,000 kepada FAF, menjadikan jumlah keseluruhan derma sebanyak RM110,000.

 

Mengulas mengenai inisiatif 'Pledge A Difference', Ketua Pegawai Eksekutif MSIG En. Chua Seck Guan berkata, "Ia merupakan tahun yang sukar bagi banyak keluarga berikutan pandemik yang berpanjangan dan banjir yang telah memusnahkan banyak kawasan. Ramai orang telah kehilangan sumber pendapatan utama atau penjaga utama mereka akibat Covid-19, dan mengalami kerugian dan kerosakan harta benda mereka akibat banjir. Melalui usaha mengagumkan FAF, kami benar-benar ingin membantu meringankan beban mereka. Kami, sebagai syarikat insurans yang 'mengamati erti untuk setiap yang anda hargai', kami pasti pelanggan MSIG dan orang ramai berkongsi sentimen yang sama dan akan bermurah hati untuk menyumbang kepada FAF, mengambil kesempatan daripada janji kami untuk memadankan setiap ringgit yang disumbangkan dan oleh itu menggandakan kesan sumbangan mereka."

 

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan FAF yang melakukan kerja yang amat bermanfaat. Hanya RM75 diperlukan untuk membantu satu keluarga, jadi kami berharap sumbangan awal kami, digabungkan dengan sumbangan orang ramai dan janji kami untuk memadankan sumbangan tersebut, akan mengumpul sejumlah RM110,000 untuk FAF dan ini akan membantu lebih 1,000 keluarga yang sangat memerlukan," kata En. Chua.

 

Sesiapa yang berminat untuk menderma kepada FAF dan ingin mengambil kesempatan daripada janji sumbangan padanan MSIG boleh mendapatkan panduan mengenai proses sumbangan di halaman web berikut: www.msig.com.my/about/news-media/msig-partners-with-food-aid-foundation-for-pledge-a-difference-initiative. Penderma boleh mengambil bahagian dalam inisiatif 'Pledge A Difference' sehingga 25 Januari 2022.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Food Aid Foundation Dr Dalphine Ong berkata, "Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan MSIG Malaysia, untuk membantu komuniti dan keluarga yang memerlukan. Kami berterima kasih atas sokongan MSIG, pelanggannya dan orang ramai atas sumbangan mereka yang bakal membawa perubahan nyata dalam kehidupan beberapa keluarga yang kurang bernasib baik yang telah dilanda musibah akibat pandemik dan kemudiannya banjir. Kami menggalakkan setiap orang, sama ada yang bergabung dengan MSIG atau tidak, untuk melawati laman web kami dan mengetahui lebih lanjut tentang usaha kami di www.foodaidfoundation.org."

 

Inisiatif 'Pledge A Difference' hanyalah satu daripada beberapa inisiatif yang telah disokong oleh MSIG dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berterusan, dalam usahanya untuk menyokong beberapa Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta pelbagai inisiatif bantuan berkaitan pandemik dengan tumpuan bantuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas barisan hadapan bagi menghadapai krisis yang melanda.

 

發行人全權負責本公告的內容
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
Mengenai MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") ialah anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance Company, Limited dan ahli MS&AD Insurance Group Holding, Inc. (MS&AD), salah satu daripada sepuluh penanggung insurans am terulung** di dunia.

 

Berbekalkan pengalaman insurans am selama lebih 100 tahun dan rangkaian 20 cawangan di seluruh negara di Malaysia,  MSIG Malaysia merupakan salah sebuah syarikat insurans am utama dalam kelas Kebakaran, Kejuruteraan dan Motor dan No.1* dalam Kargo Marin, menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan meluas untuk memenuhi keperluan peribadi dan perniagaan.

 

Kepakaran MSIG Malaysia diiktiraf menerusi pelbagai anugerah berprestij yang diterima selama ini. Ini termasuk Anugerah Perkhidmatan Kualiti Reader's Digest 2020 - pemenang Perak dalam kategori Insurans Kereta. MSIG diakui memiliki salah satu tahap kualiti perkhidmatan tertinggi, yang mencerminkan usaha yang telah dilakukan oleh syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna terhadap standard perkhidmatan yang tinggi. Syarikat ini juga dianugerahkan anugerah "Penanggung Insurans Hartanah dan Kemalangan Cemerlang di Malaysia" 2018 dalam Anugerah Kecemerlangan InsuranceAsia (InsuranceAsia News). MSIG Malaysia mendapat sanjungan tinggi kerana menerajui pasaran dengan pertumbuhan kewangan yang kukuh, pelaburan dalam inovasi produk, keupayaan digital dipertingkatkan dalam sistem pengurusan tuntutan dan perniagaan dan tawaran perkhidmatan pelanggan yang kukuh. Komitmen kami kepada kecemerlangan pelanggan juga membolehkan MSIG Malaysia dipilih sebagai penerima anugerah "Syarikat Insurans Am Terbaik" di Anugerah Industri Insurans Asia pada 2015, sebagai tanda penghargaan atas usahanya menambah baik pengalaman pelanggan dan kepimpinan industri dalam Pengurusan Risiko Perusahaan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai MSIG Malaysia, sila layari atau .

 

*Pada DisAs of Dec 2020

**Fortune Global 500, 2020.

 

Mengenai Food Aid Foundation (FAF)

Food Aid Foundation (FAF) merupakan organisasi bukan untung pertama di Malaysia yang mengumpulkan lebihan makanan mudah rosak dan tidak mudah rosak. Ditubuhkan pada 2013, misi kami adalah untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menghindari kelaparan serta masalah kekurangan zat makanan di Malaysia.

 

FAF mengumpulkan dan mengagihkan makanan berlebihan atau lebihan makanan daripada pemborong dan pasar raya setiap hari dan mengagihkan kepada penerima yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada rumah kebajikan dan rumah amal, tempat perlindungan, keluarga miskin, golongan melarat, NGO lain, komuniti pelarian dan dapur amal.

 

Dalam usaha mencegah pembaziran makanan yang boleh dimakan [statistik rasmi yang diterbitkan oleh SWCorp Malaysia menunjukkan sejumlah 3,000 tan makanan yang boleh dimakan dihantar ke tapak pelupusan setiap hari], FAF turut menangani isu kekurangan zat makanan dan kekurangan makanan berkhasiat dalam kalangan golongan miskin, terutamanya kanak-kanak dan warga emas daripada komuniti B40. Bagi melaksanakan program ini, FAF bekerjasama dengan organisasi komuniti termasuk NGO dan kawasan kediaman B40 melalui inisiatif berikut:

  • Pengagihan bekalan makanan berkhasiat kepada badan kebajikan dan orang yang memerlukan.
  • Peluang penjimatan dari segi bil makanan dan barang runcit untuk organisasi amal dan keluarga miskin agar perbelanjaan sara hidup mereka boleh digunakan untuk perbelanjaan pendidikan, perubatan, pemulihan, utiliti dan lain-lain.
  • Aktiviti CSR bagi penderma korporat melalui penglibatan dengan masyarakat setempat dan mempertingkat kesan sosial yang positif, seperti penghindaran kelaparan dan akses kepada makanan berkhasiat.
  • Melindungi alam sekitar dengan memastikan makanan yang masih boleh dimakan disumbangkan dan bukan dibuang di tapak pelupusan bagi mengurangkan kesan negatif lebihan makanan terhadap alam sekitar.


來源:

MSIG Insurance (Malaysia) Bhd

類別:

Business

發佈於

24 Jan 2022

過去的新聞稿

更多

立即聯繫 Media OutReach

立即聯繫我們