Wak Doyok dan Fizo Omar sertai pasukan OctaFX



Pempengaruh popular Wak Doyok dan Fizo Omar menjadi duta jenama OctaFX yang pertama di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada kerjasama mereka dengan broker global ini, dua selebriti ini akan menyertai projek bersama yang berkaitan dengan pelaburan, direka untuk sesiapa sahaja yang berminat dengan topik tersebut.

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 7 Februari 2022 - Perintis dalam industri fesyen Malaysia, Wak Doyok, dan pelakon popular, Fizo Omar, secara rasminya telah menjadi duta jenama untuk broker global OctaFX. Mereka merancang untuk melancarkan beberapa projek kerjasama khusus yang berkaitan dengan pelaburan sepanjang tahun ini.

 



Sepanjang usaha kolaborasi tersebut, selebriti ini akan berkongsi cara mereka berjaya menjadikan pelaburan sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka dan mempamerkan cara untuk melabur demi masa hadapan anda. Bersama-sama dengan broker, mereka akan melancarkan beberapa projek bersama yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang kewangan.

 

Fizo Omar percaya betapa mudah untuk seseorang itu hilang fokus terhadap kestabilan kewangannya dalam kesibukan harian: 'Menjadi seorang pelakon sememangnya menarik dan mencabar. Saya hidup dalam tempo kehidupan yang pantas, membuat pelbagai projek secara serentak, banyak mengembara dan cuba meluangkan masa yang cukup untuk keluarga saya. Dalam kesibukan ini, penting untuk saya terus menjaga dan menggandakan modal hasil titik peluh saya.'

 

Fizo Omar dan Wak Doyok mempunyai dua kerjaya yang berbeza, namun kedua-duanya berminat untuk melabur. Mereka terlibat dengan OctaFX lama sebelum menjadi duta jenama ini. Kedua-dua pempengaruh ini menyertai projek OctaFX 'Kisah Kejayaan Sebenar' dan, yang lebih penting, kekal menjadi pedagang aktif broker. Fizo Omar mula melabur dengan OctaFX dua tahun lalu dan Wak Doyok telah menjadi pelanggan setia selama lima tahun.

 

'Saya amat meminati kerjaya saya dalam bidang fesyen, tetapi saya juga berasa lebih terjamin apabila saya mempelbagai sumber pendapatan saya,' kata guru fesyen itu. 'Jangan memandang rendah kepentingan melabur dalam dunia moden sekarang. Anda tidak boleh memanfaatkan sepenuhnya kewangan anda melainkan anda melabur. Saya berharap projek usahasama kami dengan OctaFX akan membantu lebih ramai orang untuk belajar menguruskan wang mereka.'

 

Ramai orang mengenali Wak Doyok dan Fizo Omar selepas mereka berdua sudah terkenal dan berjaya. Tiada sesiapa yang tahu tentang cabaran yang mereka tempuhi dalam perjalanan mereka menuju kejayaan. Sebagai sebahagian daripada kolaborasi dengan OctaFX, dua pempengaruh ini akan berkongsi naik turun perjalanan mereka dalam pencapaian kerjaya dan pelaburan.

 

Nantikan pengumuman selanjutnya tentang projek kerjasama ini.




發行人全權負責本公告的內容
Mengenai OctaFX
Mengenai OctaFX

ialah sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan perdagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan pengalaman perdagangan yang terkini kepada lebih 7 juta akaun perdagangan di seluruh dunia. Kandungan informasi dan berita broker semakin berkembang dengan adanya artikel berkepakaran dalam bidang kewangan. OctaFX telah memenangi lebih daripada 45 anugerah sejak penubuhannya. Pada tahun 2021, Global Banking and Finance Review mengiktiraf pencapaiannya dengan anugerah 'Broker Forex Terbaik Asia', dan World Finance menamakannya sebagai 'Broker ECN Terbaik'. Syarikat ini juga terkenal dengan aktiviti sosial dan amal serta inisiatif pendidikannya.


#OctaFX

來源:

OctaFX

類別:

Business

閱讀:

English

發佈於

07 Feb 2022

過去的新聞稿

更多

聯繫 Media OutReach Newswire

立即聯繫我們