#ShopeeGivesBack kumpul RM2.9 juta demi membantu keluarga yang terabai



Sumbangan kepada 40 NGO kekalkan pembangunan komuniti jangka panjang untuk B40

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 25 Julai 2022 - #ShopeeGivesBack, inisiatif komuniti jangka panjang Shopee, telah mengumpul RM2.9 juta secara kolektif dalam tempoh dua tahun, melalui usaha mengumpul dana bersama lebih 40 Badan Bukan Kerajaan (NGO) demi membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dalam masa yang memerlukan.


#ShopeeGivesBack yang dilancarkan pada 1 Mei 2020 semasa kemuncak pandemik COVID-19, menggunakan teknologi untuk membantu golongan yang terabai di Malaysia dan merangkumi empat bahagian: pembangunan masyarakat kurang bernasib baik, perkhidmatan kanak-kanak dan keluarga, badan amal kesihatan dan badan amal alam sekitar. Platform ini menyediakan sebuah saluran dalam talian kepada rakyat Malaysia bagi menyokong sesebuah usaha dengan cara yang amat mudah. Shopee memastikan NGO-NGO ini mempunyai rekod yang boleh dipercayai dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

IMG2.jpeg

RM2.1 juta dikumpul melalui saluran derma pada platform yang sentiasa boleh diakses, sambil para pengguna membeli-belah setiap hari dan menderma melalui laman mikro khusus #ShopeeGivesBack. 56% daripada sumbangan yang dikumpul melalui saluran ini disalurkan kepada NGO yang berkaitan dengan B40 serta bantuan komuniti seperti Pertubuhan Kasih Neelofa, Islamic Relief Malaysia dan Pusat Jagaan Nurul Jannah. 20% daripada dana yang dikumpul disalurkan kepada NGO yang menyediakan kit perubatan dan klinik bergerak semasa banjir seperti MERCY Malaysia. 14% daripada sumbangan tersebut membantu rakan kongsi seperti UNICEF Malaysia demi memenuhi keperluan kritikal yang melibatkan kanak-kanak yang terpinggir serta keluarga mereka yang terkesan dengan Covid-19. 10% telah disalurkan kepada usaha berkaitan alam sekitar seperti Zoo Negara, di mana dana yang dikumpul membantu dalam memenuhi keperluan tahunan seperti makanan, kebajikan dan penjagaan veterinar haiwan-haiwan.

RM800,000 telah dikumpul semasa kempen-kempen e-dagang khas yang membantu dalam tujuan yang bersasar: Jualan tiket Zoo Negara contohnya mengumpulkan lebih RM400,000 bagi kebajikan haiwan manakala lebih RM200,000 dalam dana bantuan banjir (termasuk RM100,000 sumbangan sepadan daripada Shopee) membantu 1,300 keluarga membina semula kehidupan mereka selepas banjir melanda baru-baru ini di Kedah, Kelantan, Selangor, Pahang, Terengganu, Johor, dan Negeri Sembilan.


Huiyan Pan, Ketua Pemasaran Jenama di Shopee Malaysia berkata, "Berdasarkan anggaran daripada NGO pembangunan komuniti utama kami, kami telah menyediakan makanan dan bekalan penting kepada lebih 3,000 keluarga yang sangat memerlukan bantuan semasa pandemik. Shopee berasa rendah hati kerana dapat memperoleh sokongan rakan kongsi NGO kami serta menggalakkan para pembeli di pasaran kami untuk menyumbang ke arah kemampanan jangka panjang komuniti-komuniti ini."

Pertubuhan Kasih Neelofa, Islamic Relief Malaysia, dan Pusat Jagaan Nurul Jannah merupakan rakan-rakan NGO jangka panjang #ShopeeGivesBack. Ketiga-tiga NGO ini telah mengumpul hampir RM400,000 dalam bentuk bantuan makanan, keperluan asas serta barangan isi rumah untuk keluarga-keluarga dan rumah-rumah B40 di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak.

"Pertubuhan Kasih Neelofa berasa terharu dengan kemuliaan rakyat Malaysia dalam membantu masyarakat kurang bernasib baik yang terjejas oleh pelbagai keadaan yang tidak diingini. Program #ShopeeGivesBack telah menyediakan platform bagi para penderma yang murah hati untuk memberi sokongan mereka, dan kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada kami demi memberi kembali kepada yang memerlukan," kata Noor Neelofa Mohd Noor, Pengasas Pertubuhan Kasih Neelofa.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman mikro #ShopeeGivesBack di sini: https://shopee.com.my/m/ShopeeGivesBack

Hashtag: #ShopeeGivesBack #Shopee

Mengenai Shopee
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

來源:

Shopee

類別:

Retail

發佈於

25 Jul 2022

過去的新聞稿

更多
#Retail #Philanthropy and Social Investments

25 July 2022

#ShopeeGivesBack raised RM2.9 million to support underserved families

#Retail #Advertising, Marketing & Public Relations

20 June 2022

Shopee to help local sellers boost sales with more collaborative features

立即聯繫 Media OutReach

立即聯繫我們