Japan Travel Fair 2022 Kembali ke Tropicana Gardens Mall pada 16hb hingga 18hb September ini



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 14 September 2022 - Japan National Tourism Organization Kuala Lumpur Office (JNTO), sebagai sebahagian daripada Visit Japan Project untuk 2022, akan mengadakan Japan Travel Fair 2022 (JTF 2022) dari 16hb hingga 18hb September di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Kembali buat kali pertama dalam tiga tahun pada ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur, JTF 2022 berharap untuk mempromosikan pelancongan ke Jepun melalui pameran di Tropicana Gardens Mall dan acara dalam talian di laman web JNTO.

"Kami teruja untuk mempamerkan tarikan dan destinasi Jepun kepada rakyat Malaysia sekali lagi. Pengumuman kerajaan Jepun baru-baru ini mengenai pelonggaran sekatan sempadan antarabangsa secara beransur-ansur telah menyebabkan kami menerima banyak pertanyaan tentang pelancongan ke Jepun, jadi kami berharap pameran JTF juga akan menggalakkan sambutan yang sama. Ini juga kali pertama kami mengadakannya sebagai pameran hibrid yang boleh diakses melalui laman web JNTO kami." kata Pengarah Eksekutif JNTO KL, Puan Fumi Matsumoto.

Pelbagai aktiviti menanti, seperti persembahan gendang taiko Jepun, penampilan bakat tempatan dan influencer, makanan Jepun, sesi bergambar bersama cosplayer dan banyak lagi. Antara acara yang menarik ialah hadiah utama cabutan bertuah tajaan Malaysia Airlines, JAL dan ANA.

Pempamer termasuk ejen pelancongan tempatan dan pelbagai organisasi dan syarikat Jepun. JTF 2022 bersedia menjadi peluang yang baik bagi orang ramai untuk mendapatkan inspirasi dan maklumat tentang pelancongan ke Jepun. Untuk maklumat lanjut, lihat laman web rasmi JTF 2022.



Hashtag: #JapanNationalTourismOrganization #JNTO

發行人全權負責本公告的內容
Mengenai JNTO Kuala Lumpur Office
Mengenai JNTO Kuala Lumpur Office
JNTO ialah organisasi "non-profit" kerajaan Jepun, dan pejabat JNTO Kuala Lumpur terlibat dalam pelbagai aktiviti di Malaysia untuk mempromosi dan menggalakkan pengunjung dari Malaysia untuk mengutamakan Jepun sebagai destinasi dalam rancangan pelancongan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari

來源:

Japan National Tourism Organization Kuala Lumpur Office (JNTO)

類別:

Travel & Leisure

發佈於

14 Sep 2022

過去的新聞稿

更多
#Travel & Leisure #Advertising, Marketing & Public Relations

25 July 2023

Selected Muslim-Friendly News Updates from JNTO

#Travel & Leisure #Advertising, Marketing & Public Relations

20 April 2023

Discovering Japan’s Rich History and Culture with Castle and Temple-Stays

聯繫 Media OutReach Newswire

立即聯繫我們