Black Friday dan dagangan: OctaFX membentangkan hasil kaji selidik pelanggannya



KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 29 November 2022 - Pada Black Friday ini, OctaFX memutuskan untuk mengkaji sikap trader terhadap musim membeli-belah, serta corak dagangan mereka semasa tempoh ini. Broker global ini bertanya kepada pelanggannya semua soalan terpenting.

Musim membeli-belah tidak sama untuk kita semua. Bagi sesetengah orang, ini adalah peluang terbaik untuk membeli hadiah untuk orang tersayang. Bagi sesetengah yang lain pula, ini adalah peluang untuk meningkatkan jualan mereka dengan kempen pemasaran yang dilaksanakan dengan baik. Apakah makna musim ini bagi trader? Bagaimana mereka melihat kepada tawaran diskaun? Adakah mereka banyak berbelanja? Adakah Black Friday menjejaskan dagangan mereka? Jika ya, dari segi apa? OctaFX menjalankan kaji selidik untuk mengetahui dengan tepat tentang perkara ini.

Membeli-belah Black Friday: pendekatan trader

Lebih daripada 1100 responden daripada lebih 60 negara telah mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dijalankan pada awal November 2022. Apa pendapat mereka tentang tawaran Black Friday? Adakah ia berbaloi? Berapa ramai daripada mereka yang membuat pembelian secara spontan? Berikut adalah jawapannya.

  • Lebih daripada 70 peratus trader mendapati bahawa Black Friday menawarkan nilai yang baik, manakala hanya lebih sedikit daripada 20 peratus tidak membuat sebarang pembelian semasa musim ini.
  • 77.9 peratus trader membuat perbandingan harga sebelum dan semasa Black Friday dengan kekerapan yang berbeza, menonjolkan kelaziman pemikiran analitik biasa terdapat di kalangan pelabur profesional.
  • Kebanyakan responden membeli satu atau dua item menggunakan diskaun Black Friday, manakala lebih daripada separuh berbelanja lebih daripada yang biasa mereka belanjakan.
  • Barangan elektronik, pakaian dan perkakas rumah adalah tiga jenis produk paling popular yang dibeli oleh trader semasa Black Friday, dengan majoriti daripada mereka membeli-belah dalam talian.
  • 56.7 peratus cenderung untuk membuat pembelian secara spontan dan mengikut emosi, manakala 43.3 peratus mendakwa bahawa mereka tidak bersikap sedemikian. Namun, trader profesional juga antara yang membuat pembelian tersebut. Bagaimanapun, kita semua harus membelanjakan diri sendiri dari semasa ke semasa.

Caption

Dagangan Black Friday: corak paling lazim di kalangan trader

72.7 peratus daripada trader berdagang lebih banyak dalam pasaran kewangan semasa Black Friday. Penganalisis Pasaran Kewangan, Kar Yong, menyatakan pendapatnya tentang mengapa hal ini berlaku, dengan mengambil kira faktor bermusim pasaran saham A.S. "Antara 20 November hingga 6 Disember yang dikira sejak 15 tahun yang lepas, Indeks S&P 500 meningkat secara purata hampir 3% dan mempunyai kemenangan yang menakjubkan sebanyak 86%." Sambung pakar tersebut, "Ini adalah peluang untuk memanfaatkan sifat dua hala perdagangan CFD, di mana seseorang boleh melihat ke dalam saham tertentu seperti Syarikat Lowe yang meningkat secara purata sebanyak 7.45%, dan Kumpulan UnitedHealth adalah satu lagi saham yang perlu turut dipantau."

Majoriti trader lebih suka berdagang pasangan mata wang, dengan komoditi dan kripto berada dalam tiga yang teratas, manakala saham dan indeks saham tidak begitu popular.

Caption

Pengalaman berdagang & pengalaman membeli-belah

Kaji selidik yang dijalankan oleh OctaFX menunjukkan, antara lain, beberapa cara pengalaman dagangan mempengaruhi pengalaman membeli-belah Black Friday dan, mungkin, kehidupan seharian trader.

Mereka yang mempunyai banyak pengalaman dalam dagangan lebih kerap untuk tidak membuat sebarang pembelian semasa Black Friday, tetapi mereka yang melakukannya, membeli lebih banyak produk dalam tempoh ini berbanding pelabur yang kurang berpengalaman.

Sementara majoriti responden kaji selidik membandingkan dan menganalisis harga sebelum dan semasa Black Friday, mereka yang paling berpengalaman paling kerap sentiasa melakukannya. Ini membawa kepada kesimpulan bahawa pengalaman dagangan mempunyai perkaitan dengan menggunakan kemahiran analisis dalam kehidupan sebenar.

Caption

Satu lagi penemuan daripada kaji selidik ini ialah mereka yang kurang pengalaman lebih kerap membuat pembelian spontan. Walau bagaimanapun, tahap pengalaman tidak secara langsung mempengaruhi tingkah laku yang dicirikan oleh pembelian mengikut emosi kerana semua trader masih melakukannya.

Caption

Hasil kaji selidik juga menunjukkan bahawa trader yang lebih berpengalaman cenderung untuk membeli lebih banyak produk media, seperti e-buku dan perkhidmatan langganan, yang biasanya dikaitkan dengan pendidikan kendiri dan pembangunan peribadi.

Caption

Penemuan terakhir ialah pelabur yang lebih berpengalaman memilih untuk berdagang instrumen mata wang semasa musim Black Friday, manakala mereka yang kurang pengalaman lebih menggemari mata wang kripto dan saham.

Dengan pengalaman dalam berdagang, terdapat pemikiran analitikal, keinginan terhadap pembangunan diri dan pemahaman umum mengenai cara pasaran kewangan berfungsi. Namun begitu, berdagang bukan mengenai carta, instrumen kewangan dan pertukaran semata-mata. Ia adalah mengenai minda pelabur yang istimewa yang mempengaruhi cara trader membuat keputusan kehidupan seharian mereka, sama ada semasa membeli-belah pada Black Friday atau untuk matlamat dan rancangan jangka panjang.

Kesimpulannya, walaupun musim membeli-belah adalah tempoh di mana kita mungkin membuat pembelian yang paling mengikut emosi, adalah penting untuk mempunyai fikiran yang jelas dan membangunkan pemikiran yang dingin dan analitikal seperti yang dibanggakan oleh trader berpengalaman

Hashtag: #OctaFX

發行人全權負責本公告的內容
Mengenai OctaFX
Mengenai OctaFX
merupakan sebuah broker global yang menyediakan perkhidmatan dagangan dalam talian di seluruh dunia sejak 2011. Ia menawarkan akses kepada pasaran kewangan yang bebas komisen dan pelbagai perkhidmatan yang telah digunakan oleh pelanggan dari 150 buah negara dengan lebih daripada 12 juta akaun dagangan. Webinar pendidikan percuma, artikel dan alat analitik yang disediakan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan mereka.

Syarikat ini terlibat dalam rangkaian komprehensif inisiatif amal dan kemanusiaan, termasuk penambahbaikan infrastruktur pendidikan dan projek bantuan notis pendek yang menyokong komuniti dan perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

Selain itu, OctaFX juga telah memenangi lebih daripada 50 anugerah sejak penubuhannya, termasuk anugerah 'Broker ECN Terbaik' 2021 daripada World Finance dan anugerah 2022 'Broker Global Terbaik Asia' daripada International Business Magazine.

來源:

OctaFX

類別:

Business

發佈於

29 Nov 2022

過去的新聞稿

更多

立即聯繫 Media OutReach

立即聯繫我們