KUALA LUMPUR, MALAYSIA -
Media OutReach - 27 April 2023 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") telah melancarkan perlindungan tambahan motor baharu untuk insurans kereta persendirian komprehensif terpilih, dikenali sebagai "EZ-Mile". Perlindungan tambahan motor ini membolehkan pelanggan insurans motor MSIG yang baharu dan sedia ada mengurangkan premium insurans motor komprehensif mereka dengan memilih salah satu daripada tiga pelan penggunaan berasaskan perbatuan antara 5,000km, 10,000km dan 15,000km - setiap satunya akan menawarkan penjimatan premium bagi pakej insurans motor komprehensif terpilih. Ini memberikan pelanggan MSIG, terutamanya mereka yang memandu perbatuan rendah setiap tahun, kebebasan untuk memilih secara fleksibel mana-mana pakej yang paling mencerminkan jangkaan penggunaan kereta mereka dan masih mendapat manfaat sepenuhnya daripada perlindungan yang ditawarkan oleh insurans motor komprehensif MSIG.
Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia Encik Chua Seck Guan berkata,
"Perlindungan Tambahan Motor EZ-Mile
baharu ini memberikan orang ramai alasan yang baik untuk mengurangkan pemanduan dan pada masa yang sama mengurangkan jejak karbon mereka, sejajar dengan sokongan MSIG kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG13 – Tindakan Iklim. Di samping itu, kami juga sedar bahawa tingkah laku pemanduan telah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya disebabkan oleh perubahan model pekerjaan. Kami mengiktiraf trend ini dan sebagai tindak balas kepada keperluan pelanggan, kami mewujudkan perlindungan tambahan motor inovatif ini untuk membolehkan pengguna kereta membayar premium berdasarkan jumlah pemanduan mereka, sambil terus menyediakan semua manfaat perlindungan insurans yang komprehensif. Kami berharap ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengguna jalan raya Malaysia."
Perbatuan bagi pelanggan yang memilih Perlindungan Tambah Motor EZ-Mile MSIG akan diukur melalui peranti tanpa wayar kecil yang dipanggil Microtag yang disambungkan melalui Bluetooth ke telefon pintar mereka. Apabila peruntukan perbatuan berkemungkinan akan dilebihi, pemandu boleh membeli 'tambah nilai' untuk mengekalkan insurans motor Komprehensif mereka.
Microtag juga membolehkan bantuan tepi jalan yang lebih berkesan dengan dua perkhidmatan yang dipanggil eCall dan bCall. Ciri eCall secara automatik akan memanggil bantuan apabila impak dikesan untuk memastikan bahawa sekiranya berlaku kemalangan, perkhidmatan kecemasan akan dimaklumkan lebih awal. Sekiranya berlaku kerosakan, pengguna juga boleh menggunakan ciri bCall untuk menghubungi talian bantuan 24 jam dengan cepat. Butiran lanjut tentang terma dan syarat Perlindungan Tambahan Motor EZ-Mile MSIG boleh didapati di
https://www.msig.com.my/personal-insurance/products/ez-mile/.
Encik Chua merumuskan
, "
Perlindungan Tambahan Motor EZ-Mile MSIG
telah direka bentuk dengan mengambil kira pelanggan kami. Kami ingin memberi mereka pilihan insurans yang menjimatkan wang jika mereka kurang memandu. Ini memberi manfaat kepada pelanggan kami dan juga kepada alam sekitar dan kami percaya pilihan baharu ini akan diterima dengan baik."
Sesiapa yang berminat untuk membeli atau mengetahui lebih lanjut tentang Perlindungan Tambahan Motor EZ-Mile MSIG boleh menghubungi Penasihat Insurans MSIG atau menghubungi MSIG di 1-800-88-MSIG (6744) untuk maklumat lanjut.
Hashtag: #MSIG
發行人全權負責本公告的內容